Wednesday, October 9, 2013

TAMBAH BAIKAN ...@ VALUE ADDED

Tambahbaikan bermakna perbaiki sesuatu kepada yang lebih baik atau TAMBAH NILAI@ VALUE ADDED..supaya pelanggan boleh mendapat nilai yang lebih baik atas apa yang di bayar.

Fikir-fikirkan diri kita value added untuk hal-hal dunia juga value added untuk hal-hal akhirat. Semoga apa yang kita beri pada pelanggan dan juga Allah lebih baik dari hari ke hari..

Saya akhirkan dengan serangkap pantun;

Pergi ke KL untuk IJI,
Ramai yang daftar nak cari ilmu
Ku update diri ku harap tak cuai
Semoga berjaya tiada jemu.

Wal asri                                                                                                                        





Monday, October 7, 2013

DULU RAMAI YANG TAK SUKA ..BILA DAH ROSAK ...LAIN PULA..

10 tahun dahulu saya mula melihat potensi sistem komunikasi ladang. Kebetulan sistem ni di perlukan oleh sebuah syarikat perladangan di negeri Pahang , negeri banyak Gajah. Ladang yang luas dengan muka bumi yang berbeza , pehak pengurusan merasakan pentingnya komunikasi. Kami di beri peluang membuat percubaan sistem yang bersesuaian . Dengan perbincangan bersama Pengedar Utama Kenwood di Malaysia..maka Syarikat saya Ras Multicom Technology Sdn Bhd memberi fokus walkie talkie jenama kenwood untuk pasaran perladangan.

Cabaran saya mengubah understanding pehak pekerja ladang yang kurang selesa dengan adanya alat wireless walkie talkie ini menjadi kekuatan team saya memberi demo percuma kepada pehak pelanggan. Pernah saya memberi keyakinan sekiranya sistem ini tidak mencapai liputan 80 % ke 90% operasi ladang tersebut..saya akan cabut peralatan saya dan pelanggan tidak perlu membayar satu sen pun. 

Ada kriteria tertentu yang pelanggan perlu ikut untuk mendapat liputan gelombang yang baik. Seperti kedudukan alat pancar ulang, ketinggian antena dan kualiti kabel serta connectornya.

Bila sistem berjaya membantu mempertingkatkan kecekapan bekerja dan keberkesana pengurusan ladang , syarikat saya terus di beri kepercayaan untuk memasang alat komunikasi di landang baru mereka. Kami juga mendapat kepercayaan beberapa ladang ladang lain.  

Dulu memang ada halangan kepada sistem kami ,  sekarang kalau rosak..pehak pengurusan dan pekerja ladang akan rasa satu masalah besar dan keperluan untuk membaiki segera sistem tersebut..

Antara kebaikan sistem komunikasi 2 hala perladangan adalah seperti berikut;

1) Pehak pengurusan akan dapat memantau resources yang ada pada hari itu seperti kehadiran pekerja pada hari tersebut untuk bekerja, jentera yang boleh di guna pakai serta perancangan aktiviti hari itu.
2) Mendapat lapuran segera berapa Tan buah sawit yang telah di kumpul, jumlah Tan di bawa lori atau trailer ke kilang.
3) Bila ada situasi "Emergency" seperti kemalangan, atau lain-lain, semua pengguna walkie talkie akan dapat menerima maklumat atau arahan yang tepat dan bantuan segera boleh di usahakan.

Arahan yang tepat , di fahami semua yang terlibat di dalam operasi harian akan membawa kejayaan.

Insyaallah.




Sunday, October 6, 2013

THINK BIG

LETS THINK BIG.. BIGGER THAN YESTERDAY.. BIGGER THAN LAST WEEK OR LAST MONTH...ANYTHING THAT IS GOOD FOR YOU OR YOUR FAMILY OR YOUR ORGANIZATION.. AT LEAST IF WE CAN'T REACH THAT BIG ..WE STILL GET BIGGER THAN THE LITTLE.

SMILE...

ASRI


Thursday, October 3, 2013

TINDAKAN SEGERA KE ATAS RUNGUTAN...PASTI MENINGKATKAN KEPERCAYAAN PELANGGAN ..HIGH BRAND POSITIONING

Sejak aku balik kursus IJI... semangat aku naik 200% ...kadang-kadang rasa lebih 1000%... Allah saja yang tahu..Kata-kata DAO berjaya menyentuh hati saya. Saya jumpa kawan kawan yang berniaga atau masih bekerja untuk orang or makan gaji pasti saya cari peluang menceritakan how good is DAO course. Biarlah apa pun orang kata yang negetive pasal pakej DAO..tapi saya rasa puashati dan berbaloi dengan jumlah pakej VIP yang saya bayar .

Bagi saya , DAO dan the RICHWORKS team works from the heart .kerana Allah dan Rasul. Nak bantu menyedarkan anak bangsa Melayu kita bahawa ada cara berniaga yang terkini. Semua orang boleh berjaya kalau dia minat dan sabar serta mengikut setiap steps yang di beritahu.

Pada DAO dan Richworks team.. jangan lemah semangat , teruskan perjuangan baiki kelemahan... kami student DAO pasti menyokong anda memertabatkan usahwan Melayu khususnya Bumiputra yang jauh ketinggalan dari bangsa lain.

Lets concentrate on the 6 pillars.

Tuesday, October 1, 2013

MY STORY

Pertama kali aku rasa bersungguh nak ada blog. Ni hasil dari Intensif Jutawan Industri yang aku sertai pada 27hb hingga 29hb Sept 2013 baru ni.

Pening jugak nak cari nama yang Passionate ..tapi aku percaya kata rakan cina aku Patrik ,dulu mula mula nak berniaga..." Asri you do what you know first".   Saya memilih wireless 2 way radio communication as my kepakaran selama 12 tahun dalam perniagaan ini.

Dengan ini.. Saya , Mohd Asri Daud dari Kuantan Pahang. Kepakaran saya adalah membantu menyelesaikan masalah komunikasi di dalam operasi disebabkan halangan-halangan fizikal dan tidak fizikal yang di hadapi oleh organisasi dengan pengunaan peralatan alatan tanpa wayar yang akan menambah kecekapan dan kebersanan pengurusan didalam aktiviti harian syarikat atau individu.

Bagi mereka yang ingin bantuan bagaimana menyelesaikan masaalah komunikasi 2 hala antara boss dan pekerja atau antara individu dangan kumpulan mereka , bolehlah hubungi saya di hp 013-9837812.

Sekarang jam 3.21am...selamat pagi semoga success selalu. Insyaallah.