10 tahun dahulu saya mula melihat potensi sistem komunikasi ladang. Kebetulan sistem ni di perlukan oleh sebuah syarikat perladangan di negeri Pahang , negeri banyak Gajah. Ladang yang luas dengan muka bumi yang berbeza , pehak pengurusan merasakan pentingnya komunikasi. Kami di beri peluang membuat percubaan sistem yang bersesuaian . Dengan perbincangan bersama Pengedar Utama Kenwood di Malaysia..maka Syarikat saya Ras Multicom Technology Sdn Bhd memberi fokus walkie talkie jenama kenwood untuk pasaran perladangan.
Cabaran saya mengubah understanding pehak pekerja ladang yang kurang selesa dengan adanya alat wireless walkie talkie ini menjadi kekuatan team saya memberi demo percuma kepada pehak pelanggan. Pernah saya memberi keyakinan sekiranya sistem ini tidak mencapai liputan 80 % ke 90% operasi ladang tersebut..saya akan cabut peralatan saya dan pelanggan tidak perlu membayar satu sen pun.
Ada kriteria tertentu yang pelanggan perlu ikut untuk mendapat liputan gelombang yang baik. Seperti kedudukan alat pancar ulang, ketinggian antena dan kualiti kabel serta connectornya.
Bila sistem berjaya membantu mempertingkatkan kecekapan bekerja dan keberkesana pengurusan ladang , syarikat saya terus di beri kepercayaan untuk memasang alat komunikasi di landang baru mereka. Kami juga mendapat kepercayaan beberapa ladang ladang lain.
Dulu memang ada halangan kepada sistem kami , sekarang kalau rosak..pehak pengurusan dan pekerja ladang akan rasa satu masalah besar dan keperluan untuk membaiki segera sistem tersebut..
Antara kebaikan sistem komunikasi 2 hala perladangan adalah seperti berikut;
1) Pehak pengurusan akan dapat memantau resources yang ada pada hari itu seperti kehadiran pekerja pada hari tersebut untuk bekerja, jentera yang boleh di guna pakai serta perancangan aktiviti hari itu.
2) Mendapat lapuran segera berapa Tan buah sawit yang telah di kumpul, jumlah Tan di bawa lori atau trailer ke kilang.
3) Bila ada situasi "Emergency" seperti kemalangan, atau lain-lain, semua pengguna walkie talkie akan dapat menerima maklumat atau arahan yang tepat dan bantuan segera boleh di usahakan.
Arahan yang tepat , di fahami semua yang terlibat di dalam operasi harian akan membawa kejayaan.
Insyaallah.